fbpx

Video: Yusry KRU Gunakan Khidmat Bomoh Hujan Di Set Filem Vikingdom

Semalam berlangsung’nya majlis sidang media buat pertama kali untuk filem Hollywood terbitan KRU Studios — Vikingdom. Kami jatuh cinta pandang pertama dengan filem ini.

Vikingdom kini sedang menjalani penggambaran di’sekitar Malaysia di’bintangi oleh beberapa nama besar Hollywood seperti Dominic Purcell (Prison Break), Jon Foo (Tekken), Natassia Malthe (Dead or Alive) dan beberapa orang lagi.

Proses perfileman di Malaysia di’jangka tamat sekitar hujung Disember 2011 dan filem ini di’jangka siap untuk tayangan selewat lewatnya hujung tahun 2012.

Dalam temubual bersama wartawan ketika sidang media, pengarah Vikingdom, Yusry Abdul Halim memberikan satu fakta menarik yang tidak banyak di’akui oleh penggiat seni lain — Vikingdom guna bomoh hujan.

Yusry KRU berkata beliau sendiri pada mulanya tidak mempercayai kaedah bomoh hujan tetapi selepas menyaksikan sendiri apa yang terjadi, ia’nya bukan sesuatu yang mustahil.