fbpx

Video: Yuna Lancarkan Video Klip Terbaru Di MTV, Someone Out Of Town

Dua entri berturut turut memaparkan video untuk tatapan anda, kami sangat berharap anda tidak bosan dengan entri bukan gossip sebegini — kerjaya selebriti juga harus kita angkat bukan?

Yuna yang kini semakin aktif berkarya dan melebarkan sayap pengaruh muzik beliau di Amerika Syarikat hari ini melancarkan sebuah video klip terbaru menerusi laman web rasmi MTV.

Video klip untuk lagu berjudul Someone Out Of Town ini memaparkan Yuna dan hanya Yuna sepanjang 3 minit video klip ini berlangsung. Bukan bosan, tetapi rasa’nya kami perlukan jalan cerita.

Tidak mengapa. Video klip ini tetap awesome dan adakah anda tahu bahawa esok Yuna akan mengadakan sebuah konsert maya pertama bersama Maxis. Tempah tiket anda sekarang, tinggal 1,674 tempat sahaja.