fbpx

Video: Mamat Sepah Masih Berkawan, Tidak Pengaruh Fesyen Tudung Fida

Selepas kami siarkan gambar terbaru Fida di rumah terbuka Media Prima minggu lalu, pelbagai reaksi kami terima tentang fesyen tudung terkini Fida.

Itu merupakan pertama kali Fida tampil di’khalayak ramai dengan fesyen tudung ala Siti Nurhaliza dan ada peminat hiburan yang mengatakan ini semua di’sebabkan pengaruh Mamat Sepah dalam hidup Fida.

Dalam temubual kami bersama Mamat Sepah ketika bertemu mata di rumah terbuka Astro malam tadi, Mamat menafikan yang beliau ada sebarang pengaruh dalam keputusan Fida untuk mengenakan fesyen tudung berlainan.

Mamat Sepah turut menjawab gossip yang mula kedengaran bahawa hubungan beliau & Fida sudah berakhir sejak isu gambar rambut tempoh hari.

Menurut Mamat, mereka sehingga ke hari ini masih berkawan tetapi mengambil masa untuk bertenang sebelum membincangkan ini sesama mereka kerana maklumat berbeza dari mereka berdua bakal mengeruhkan lagi keadaan.

Kami ada kenyataan rasmi dari mulut Fida sendiri tentang status hubungan mereka berdua, nantikan lampu hijau dari tuan badan, kami akan siarkan.