fbpx

(Video) Gadis Melayu Berbikini Dalam Video Klip Terbaru Joe Flizzow?

(Terima Kasih Kepada Mr.Obefiend. Sila Lawat Blog Yang Amat Serius & Harian Metroll)

UPDATE (31/1/2010) – Seorang pembaca memaklumkan yang model cun dalam video klip ini adalah Sarah Lian & meminta anda menyokong usaha murni Joe Flizzow memberi nafas baru ke’dalam scene hip hop Malaysia. Yo!

Presiden scene hip hop Malaysia nampaknya memang mahu membawa 100% elemen muzik itu dari barat.

Berkali-kali kami tonton video terbaru Joe Flizzow untuk lagu ‘Do It, Duit’ ini, banyak gerak gaya Joe Flizzow mirip Jamie Foxx.

Namun mesej keseluruhan video ini masih berkisarkan kemewahan walaupun kami percaya duit dalam poket beliau (untuk video ini) tidak’lah semewah mana.

Satu perkara yang menarik perhatian kami adalah kehadiran salah seorang model wanita yang kami sendiri kurang pasti siapa.

Melihatkan kepada raut wajah & perwatakan gadis ini, tidak salah kami katakan yang beliau datang dari bangsa Melayu sendiri — namun berbikini dalam lagu anak Melayu.

Bukan sesaat dua imej berbikini gadis ini di’dedahkan, malah berulang di’beberapa lokasi ‘mewah’ termasuk di’atas kapal layar entah milik siapa.

Layankan video klip terhangat ‘Do It, Duit’ Joe Flizzow selepas ini. Enjoice!