fbpx

Vicha Dedah Sudah Berkahwin Kali Kedua Dengan Jejaka Nigeria

Tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan keduanya, pelakon dan pelawak Vicha mengkaui sudah berkahwin sejak tiga tahun lalu dengan jejaka Nigeria dikenali sebagai Johnson.

Kata Vicha dia tidak mendedahkan mengenai perkahwinannya itu kerana tidak mahu berkongsikan hal peribadi ditambah dengan kegagalan rumah tangganya sebelum ini.

BACA: Malu Anak-Anak Semua Bertudung, Vicha Saywho Nekad Berhijab

“Betul saya bukan janda lagi. Saya sudah berkahwin kali kedua tiga tahun lalu dan memiliki seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide kini berusia dua tahun.

“Saya dan suami berkenalan sejak tahun 2015. Dia seorang mualaf dan sudah memeluk agama Islam. Saya minta maaf kerana tak beritahu lebih awal.

“Tapi sekarang ni saya rasa sudah sampai masanya sebab ada yang bertanya tentang Johnson sebab selalu nampak kami bersama. Saya harap pendedahan ini tidak akan tercetus spekulasi dan mengelakkan fitnah,” katanya.

Dalam pada itu, Vicha berkata suaminya seorang lelaki yang bertanggungjawab dan matang. Ujarnya, suaminya itu sentiasa ada bersamanya ketika susah dan senang.

“Masa kami berkawan, saya sudah beritahu kepada dia yang saya tidak mahu dikecewakan lagi. Bukan mudah saya nak buka pintu hati saya. Saya pernah melalui pengalaman memeritkan sebelum ini.

“Tapi dia meyakinkan saya yang dia tidak akan mengecewakan saya dan mempamerkan kesungguhan. Selepas kahwin suami banyak bagi semangat kepada saya. Alhamdulillah susah senang dia ada bersama saya,” katanya.