Terselamat daripada kebakaran kereta miliknya semalam, Vanidah Imran benar-benar bersyukur dengan kerana terselamat dalam kejadian tersebut selain menjelaskan bahawa dirinya kini dalam keadaan yang baik belaka.
BACA: Mufti Perak Saran Vanidah Imran, Rashidi Ishak Rujuk Pejabat Agama
“Tuhan masih beri saya peluang untuk hidup dan saya memanjat kesyukuran di atas apa yang terjadi. Ketika kejadian saya cuba untuk tidak panik. Cuma saya tidak menyedari rupa-rupanya ada keluar asap dari bahagian enjin. Hinggalah ada pemandu trak yang memberitahu perkara berkenaan”
“Apabila saya masuk di kawasan bercahaya baharu nampak apa yang dimaksudkannya dan api mula kelihatan. Saya terus memandu kereta ke kiri jalan. Cuma semasa menekan brek tangan, ia seperti tidak berfungsi sepenuhnya. Saya terpaksa merentap brek tangan”
“Tanpa melengahkan masa, saya capai beg tangan dan cabut telefon daripada pengecaj dan lari ke sisi kereta. Tapi saya disuruh orang yang menyaksikan kejadian itu untuk lari lebih jauh daripada kereta kerana bimbang akan berlaku letupan,” katanya kepada Berita Harian sambil memberitahu bahawa pihak bomba menjelaskan kereta itu tidak akan meletup sebaliknya hanya akan terbakar.
Tambah Vanidah lagi, dia redha dengan kejadian yang menimpanya malah turut berterima kasih kepada beberapa individu yang banyak membantunya di sepanjang kejadian itu berlaku. Semoga Vanidah tabah mengahadapi dugaan Ramadan. (rtky/s)