Uyaina Arshad Syukur Dapat Menyusukan Anak Kedua

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa gembira apabila dia diberikan rezeki merasai pengalaman menyusukan anak keduanya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Uyaina berkata dia tidak dapat menyusu badan anak sebelum ini kerana anak sulungnya itu mengalami masalah lidah pendek atau tongue tie.

BACA: Uyaina Arshad Dapat Wang Tunai Daripada Raja Permaisuri Agong

“Alhamdulillah, merasa breastfeed untuk baby kali ini. Syukur Alhamdulillah. Pengalaman saya masa Urhan (anak sulung) dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia tongue tie. Jadi bila baby kedua ini dapat fully breastfeed, saya sangat-sangat bersyukur,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uyaina menyifatkan pengalaman menyusukan anak atau breasfeed adalah nikmat yang besar daripada Allah.

“Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa,” tulisnya.

Sebelum ini, Uyaina selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 17 Mei lalu melalui proses pembedahan susulan dia mengalamai masalah jantung.

Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Raja Urhan.

×