fbpx

Ustaz Ahmad Dusuki Nasihat Puteri Sarah Tak Ikut Emosi Sampai Minta Cerai

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat erhatian ramai termasuk  pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pendakwah itu berpendapat Puteri Sarah perlu menyelesaikan masalah rumah tangga secara rasional dan tidak mengikut emosi.

BACA: “Sudah Jodoh Syamsul Untuk Kahwin Lagi” – Rosyam Nor

Menurutnya lagi, penceraian bukanlah jalan terbaik serta memberi nasihat agar tidak mengikut perasaan serta kemahuan syaitan yang mahu melihat keluarga hancur berantakan.

“Rahmat Allah itu luas, jalan damai itu pun terbuka luas selagi nyawa tidak sampai di halkum, usah mengalah dalam membina kekeluargaan.

“Binalah kekeluargaan mukmin dan kelapangan bukan dengan kesempitan, usah biarkan syaitan menganggu perasaan. Usah diikuti perasaan dan kemahuan syaitan yang inginkan kekeluargaan mukmin hancur berantakan,” tulisnya.

Perkongsian pendakwah itu turut mendapat reaksi daripada Puteri Sarah sendiri yang meninggalkan komen meminta Ustaz Ahmad Dusuki bertemu dengan suaminya serta memberikan nasihat.

Puteri Sarah turut meminta pendakwah itu bertemu untuk menasihati suaminya memandangkan pengarah itu enggan mendengar kata ibu bapanya.