fbpx

Usia Makin Meningkat, Fazura Nak Tambah Anak Lagi

Tidak merancang mengenai soal cahaya mata, pelakon Nur Fazura berkata dia perlu menambah zuriat apatah lagi usianya yang semakin meningkat.

Fazura turut meluahkan rasa syukur suaminya, Fattah Amin tidak meletakkan tekanan mengenai perkara itu, namun dia perlu menyusun jadual hariannya.

BACA: “Rasa Malu Pula Bila Dah Lama Tak Bergambar Macam Ni” – Fazura

“Saya memang ada perancangan untuk menambah cahaya mata tetapi jadual kerja begitu padat. Apatah lagi saya juga semakin aktif dalam bidang perniagaan, jadi rutin harian kini semakin sarat dengan pelbagai aktiviti.

“Dalam pada itu, saya memahami usia juga semakin meningkat dan perlu memikirkan soal menambah zuriat. Jadi tidak boleh hendak melengahkan masa dan sebagainya,” katanya.

Berat badannya penah mencecah 76 kilogram ketika hamil dan ini sudah mendapatkan semula bentuk badannya, Fazura berkata dia tetap mahukan seorang lagi cahaya mata apatah lagi suaminya juga turut mahukannya.

“Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang sekeliling yang menyuruh saya makan mengikut nafsu bagi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minuman kegemaran pula milo ais tabur, yang boleh dikatakan setiap hari saya minum.

“Selepas bersalin, saya mengambil masa yang lama untuk menurunkan berat badan. Akhirnya kini saya mendapat berat ideal iaitu 54 kg. Tiada jalan pintas, saya perlu menjaga pemakan dan mencuri masa untuk bersenam.

“Pada sebelah pagi, saya minum air kosong bersama lemon manakala tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Kali terakhir saya makan adalah pada jam 6 petang dan sekiranya lapar, saya akan makan buah,” katanya.