fbpx

Usap Perut, Datin Shahida Hamil Anak Keenam?

Lama rasanya tak dengar cerita tentang isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida. Baru-baru ini tular video dikongsikan netizen mengenai Shahida.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok, Shahida dilihat berada di satu acara bersama suami dan ibu mentuanya, Bonda Rozita.

BACA: “Betul, Allah Uji Dengan Suami” – Datin Shahida

@putera_tujuh

Replying to @Lotus baru nampak peyutt Datin Shahida yang comel kan… Berseri-seri Datin #fyp? #aliffsukriterlajaklaris #rumahhutanbondarozita #bondafiestavaganza #jamuratumalaya #shahidadherbs

? Kaulah Ibuku – Muhajir Lamkaruna

Apa yang menjadi perhatian, Shahida yang dilihat berjubah krim dan sedang dipimpin oleh ibu mentuanya itu mengusap perutnya yang semakin membesar.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta mengucapkan tahniah di atas kehamilan anak keenam itu.

Untuk rekod, Aliff Syukri dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudhah Arshiyah, dan turut mempunyai seorang anak angkat perempuan, Ameena.