fbpx

Uqasha Senrose Nafikan Jual Tudung Kerana Ikut Trend

Hadir dengan jenama tudung sendiri baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose menyatakan bahawa dia bukannya menceburi bidang perniagaan hanya semata-mata di atas dasar trend dan mengikut peredaran masa.

BACA: Uqasha Senrose Nafi Ke Kelab Malam Tanpa Hijab

“Menerusi perniagaan hijab Uqasha Senrose yang diusahakan bersama keluarga, diharap khalayak akan berhenti melihat saya sebagai artis kontroversi. Sebaliknya, mula lihat sisi berbeza saya”

“Saya berniaga bukan kerana ikut trend atau selepas melihat kejayaan artis lain. Cuma peluang itu hanya tiba sekarang. Saya tidak nafikan, dalam perniagaan pasti ada pesaing, tetapi saya percaya terhadap rezeki Allah,” jelasnya kepada Kosmo!.

Menurut Uqasha, idea untuk hadir dengan jenama hijab sendiri tersebut bermula apabila ramai peminat sering bertanyakan hijab yang sering digayakannya di laman sosial Instagram dan akhirnya jenama tudung itu sendiri baru saja dilancarkan baru-baru ini.

Menyentuh soal cinta, Uqasha menyifatkan Iqram Dinzly yang kini sedang hangat digosipkan bersamanya hanya sebagai abang selain menyatakan bahawa pelakon tersebut banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan terhadapnya. (rtky/s)