fbpx

Uqasha Senrose Akui Sukar Bangun Sahur

Seringkali terlibat di dalam penggambaran drama yang memakan masa lama, pelakon Uqasha Senrose mengatakan bahawa dia sememangnya merupakan seorang insan yang susah untuk bangun sahur namun dalam masa yang sama membuat persiapan sebaiknya untuk berpuasa.

BACA: Hanya Dapat RM5000, Perniagaan Tudung Uqasha Senrose Lingkup

“Untuk macam Sha dah besar ni, macam tak sahur pun takpe tapi macam maybe dalam pukul 2, Sha akan makan kurma dan minum air masak banyak-banyak, tu je. Sebab kadang-kadang shooting pukul 8, nak tidur lagi, nak sembahyang subuh lagi so Sha akan awalkan sahur”

“Sha jujur, bila dah tidur memang susah sangat nak bangun,” kata Uqasha kepada mStar Online. Selain itu, Uqasha juga menjelaskan apabila sudah berkahwin nanti, pastinya perkara itu akan berubah demi kebaikan bersama.

Apa pun, semoga pelakon wanita ini dapat mengharungi ibadah puasa dengan sempurna. Dalam perkembangan lain, Uqasha tekad untuk membangunkan semula jenama tudugnya yang kini sudah lingkup kerana terlalu percayakan rakan. (rtky/s)