Berita yang mengatakan Farid Kamil bakal mengumumkan nama anak beliau menerusi satu program khas Astro telah menerima maklumbalas bercampur dari para peminat.

BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Bakal Umum Nama Anak Melalui Astro


Ada yang tidak sabar menantikan program itu untuk melihat secara dekat keluarga kecil Farid Kamil ini dan tidak kurang juga mereka yang mendakwa Farid Kamil cuba menjual hak eksklusif anak kepada pihak penyiaran untuk poket sendiri.

Bercakap kepada media semalam di tayangan filem Dampak, Farid Kamil berkata beliau sudah memikirkan baik buruk perkara ini sebelum bersetuju.

“Jual anak? Tidak. Saya sebenarnya sudah fikirkan awal awal lagi akan perkara ini. Sebab tu ada beberapa langkah berjaga jaga yang akan di ambil”

“Walaupun saya dah kongsi dua keping gambar anak saya di Instagram, tapi nilai eksklusif anak saya masih ada. Lagipun persetujuan saya dengan pihak stesen tersebut berlaku selepas saya memuat naik gambar anak saya itu”, kata beliau menurut Malaysian Digest.

Farid Kamil juga menepis dakwaan yang mengatakan beliau mengurung Diana Danielle dan anaknya untuk menjaga nilai eksklusif sehingga program khas di Astro tersiar.