fbpx

Umie Aida Nasihat Netizen Tak Perlu Campur Urusan Fattah & Fazura

Sejak Jumaat lalu, hangat diperkatakan mengenai berita pelakon Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin sekaligus mengejutkan ramai dan industri hiburan tanah air.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Datin Seri Umie Aida yang memuat naik video yang memaparkan Fattah sedang duduk di atas sofa.

BACA: Shamsul Ghau Ghau Titip Nasihat Buat Fattah Amin

@umieaida_9

InsyaAllah doa yang baik semoga segalanya berjln dgn baik buat mereka berdua. Sayanggggg Faz & Fattah ??

? Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

Menerusi perkongsian di TikTok itu, umie turut meminta agar semua pihak tidak masuk campur dalam urusan pasangan tersebut serta tidak lebih baik jika mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fazura.

“Adalah terbaik, kita semua tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui.Ingat kita sendiri pun ada lalui ujian dalam setiap kehidupan kita. Jadi berhati-hati dengan lisan kita semua ya.

“Cukup mendoakan yang baik-baik buat mereka. Tak perlu nak team A atau team B. Sayang Fattah dan Fazura,” tulisnya.