Pelakon Datin Seri Umie Aida memuat naik hantaran naik rimas membaca isu rumah tangga yang hangat diperkatakan membabitkan pempengaruh popular.
Menerusi perkongsian di TikTok, Umie berkata isu tersebut hanya menambahkan dosa kering sahaja apabila banyak keluar berita tersebut di media sosial.
BACA: Umie Aida Akan Berwuduk Sebelum Berlakon
@umieaida_9 Ya Allah.. saya paling tak suka baca benda2 & isu2 mcm ni. On media sosial keluar berita2 rumahtangga mcm ni. Naik rimas. Buat dosa kering je. ? Cuma satu nasihat saya buat kaum lelaki , handle la dengan cara berhemah dan bijak. Sifat wanita ini mudah.. dilayan dgn kelembutan dan ikhlas maka ending akan baik. Percayalah.. nanti 5tahun akan dtg, korang akan menyesal dgn perbuatan begini.
“Saya paling tak suka baca isu seperti ini. Dalam media sosial keluar berita rumah tangga macam ini, naik rimas. Buat dosa kering saja,” katanya.
Sementara itu, Umie turut menitipkan nasihat buat kaum lelaki agar atasi sesuatu permasalahan dengan bijak kerana sifat wanita itu mudah.
“Satu nasihat buat kaum lelaki. Atasi lah dengan cara yang berhemah dan bijak. Sifat wanita ini mudah, dilayan dengan kelembutan dan ikhlas maka pengakhirannya akan baik. Percayalah, nanti 5 tahun akan datang, korang akan menyesal dengan perbuatan sebegini,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan