Pelakon Datin Seri Umie Aida dikenakan denda RM1,000 ketika tiba di imigresen New Zealand gara-gara terlupa keluarkan sebiji epal di dalam miliknya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Umie dilihat ada memuat hantaran berkongsikan insiden menimpanya itu serta menyifatkan pengalaman dilaluinya sebagai takdir.
BACA: Umie Aida Naik Rimas Baca Isu Rumah Tangga, Titip Nasihat Buat Kaum Lelaki

“Saya memang tak bawa apa-apa makanan ke NZ kerana nak memudahkan diri masa kat immigration. Dijadikan cerita masa kat lounge Mas Airline saya ambik sebiji apple untuk makan dalam flight sebelum tidur.
“Terlalu keletihan saya terus tidur dalam flight lupa bab apple. Bila sampai NZ .. depa scan bag. Hihihi.. ada apple dalam bag kita. So kita kena denda bayar $400,” tulisnya.
Turut menjadi perhatian insiden tersebut turut menjadi bahan gurauan rakan-rakan pelakon lain yang mengatakan epal tersebut terlalu berharga kerana bernilai RM1,000.