Tya Adnan Tampil Berniqab, Shukri Yahaya Sokong Isteri Jaga Aurat

Penampilan isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan tampil mengenakan niqab menjadi perhatian ramai di Instagram.

Memetik mStar Online, Shukri berkata isterinya sudah lama mengenakan niqab sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

BACA: Peminat Shukri Yahaya Luah Hasrat Nak Bermadu Dengan Tya Adnan

“Saya rasa berniqab itu pilihan dia. Perubahan isteri saya itu sudah lama sejak dia jarang berkongsi perkembangan di media sosialnya,” katanya.

Sementara itu, Shukri berkata isterinya tampil pertama kali berniqab secara terbuka ketika hadir sebuah acara bersama.

Tambahnya lagi, Shukri berkata dia melihat perubahan isterinya sebaik saja pulang dari umrah dan tidak jangka kekal hingga ke hari ini.

“Bila ditanya dia memang nak berniqab bagi mengelakkan segala maksiat. Tapi ketika itu saya rasa perubahan dia disebabkan baru pulang dari umrah.

“Tapi rupanya tidak…dia terus berniqab sejak itu,” katanya.

Dalam pada itu, Shukri turut tumpang gembira dan menyokong perubahan isterinya itu dalam menjaga aurat.

“Sebagai suami, saya terima perubahan yang dari isteri saya. Saya bersyukur dapat isteri yang menjaga aurat,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×