Pendakwah bebas yang juga Imam Muda Hassan Adli berkata menutup aurat adalah perkara wajib bagi wanita beragama Islam.

Memetik Harian Metro Hassan berkata hukum wajib itu tidak digugurkan meskipun wanita tersebut membuka tudung dengan alasan tidak mahu hipokrit dan mahu menjadi diri sendiri.

BACA: “Kematian Abam Dalam Khusnul Khatimah” – Imam Muda Hassan

“Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wantta Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.

“Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib. Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah itu berkata lagi mendirikan solat juga tidak akan gugur hukumnya sama seperti menutup aurat yang menjadi perkara wajib untuk dilakukan.

“Di sini, apa-apa situasi pun tak boleh kita kata hipokrit, tak hipokrit, riak, tak riak ke sebabnya, hukum tetap hukum, wajib tetap wajib,” ujarnya.

Tambahnya lagi, seseorang wanita yang berhijrah menutup aurat perlu laksanakan dengan bersungguh-sungguh dan tidak dibuat sekerat jalan kerana bimbang mempermainkan agama.

“Apapun, tudung ini kalau nak berfesyen tiada masalah. Dalam Islam, tak adalah sampai tak boleh ikut fesyen langsung. Masih boleh berfesyen, tinggal lagi jangan sampai melampau-lampau. Cukup sekadar berpada-pada.

“Maksudnya, selagi mana fesyen itu cukup syarat menutup aurat. Kemudian, tidak melampaui batas, pada saya ia okay lah.

“Pada masa kini, didapati pemakaian tudung dalam kalangan segelintir wanita termasuk golongan selebriti umpama mengikut ‘trend’.

“Apabila mahu memakainya, mereka pakai. Kemudian apabila tidak mahu, ditanggalkan begitu saja dengan alasan tertentu seperti ingin menjadi diri sendiri,” jelasnya

×