fbpx

Tunjuk Manja Dengan suami, Mas Idayu Dikecam Try Hard

Baru sebulan lebih mendirikan rumah tangga, penyanyi Mas Idayu dan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa masih lagi dalam fasa bulan madu.

Bagaimanapun, baru-baru ini video yang dimuat naik Mas Idayu menjadi perhatian memaparkan penyanyi itu menggayakan pakaian bertemakan Bollywood.

BACA: Mas Idayu Kongsi Gambar Romantik Dengan Suami

Video tersebut turut memperlihatkan ‘drama’ suaminya dikacau oleh rakan-rakannya. Kemudian Mas Idayu menarik lengan sahabatnya dan lari memeluk segera suaminya seakan enggan melepaskan.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Mas Idayu itu seolah menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam tindakan penyanyi itu didawka seolah mahu menunjuk manja dengan suami.

Bagaimanapun, ada peminat yang seronok melihat gelagat Mas Idayu yang dilihat bahagia bersama suami. Ada sahaja netizen ni, pasangan itu masih dalam mood pengantin lagi dan mungkin hanya bergurau sahaja. 

Terdahulu, Mas Idayu menamatkan zaman janda dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian dengan sekali lafaz pada 16 September lalu.