fbpx

Tun Aminah Beri Sokongan Buat Zaibo Lawan Kanser

Lama tak mendengar khabar pelakon veteran, Zaibo, semalam wajah pelakon itu kurus cengkung mulai viral. Turut kelihatan kunjungan Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim melawatnya.

BACA: Hidap Kanser Tahap Empat, Zaibo Lawan Kesakitan

Difahamkan keadaan Zaibo kini yang susut akibat sedang bertarung menentang kanser esofagus tahap empat. Jika anda masih ingat Kekanda Tunku Aminah, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim juga tewas melawan kanser pada 5 Dissember 2015.

Mungkin kerana itulah Tunku Aminah berkunjung memberikan kata-kata semangat buat Zaibo yang kini masih bertarung. Turut mengiringi Tunku Aminah juga suamnya, Dennis Muhammad Abdullah serta wakil dari Yayasan Kanser Laksamana Johor di kediaman Zaibo.

“Saya membesar ketika menonton Under One Roof. Saya memberitahu suami saya betapa lucunya dia dan menunjukkan kepadanya video tentang Zaibo,” kata Tunku Aminah bercerita mengenai sitcom terkenal itu kepada suaminya.

Diharap Zaibo akan terus kuat melawan kanser dan kembali pulih seperti sedia kala. Seperti mana Zaibo, kami juga rindu ingin melihat ‘come back’ daripadanya. Semoga Zaibo tabah menjalani dugaan ini. (rtky/w)