fbpx

Tular Video Lama Sajat Berbaju Melayu Dalam MV, Netizen Puji Kacak

Lama rasanya tak dengar cerita tentang usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman selepas sudah berhijrah ke Australia untuk memulakan kehidupan baru.

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan usahawan itu dalam sebuah muzik video berjudul Kekasih Pujaan yang dinyanyikan oleh Datuk Sharifah Aini.

BACA:  Sajat Minta Tips Untuk Hamil, Tanya Macam Mana Nak ‘Lekat’

@farrrjooo

Hmmm time ni Kanda ke Dinda? Nak panggil Abang ke kakak? ??? #sajat #abgjatt #fyp #sajatlawak #sajatvideo

? Loh Eh Eh Kocak – Ari Rubiyanto

Video tersebut sekaligus mengejutkan ramai mana tidaknya Sajat dilihat memakai persalinan baju Melayu serta bersongkok dalam muzik video tersebut.

Pengguna yang memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok turut berseloroh menerusi kapsyen mengatakan ketika itu panggila Sajat abang atau kakak.

“Hmmm, masa ni Kanda ke Dinda? Nak panggil Abang ke Kakak?”tulis pengguna TikTok.

Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat penampilan Sajat yang masih lagi lelaki sebelum menjadi dirinya yang sekarang.

Dalam pada itu, rata-rata memuji penampilan Sajat yang kacak berbaju Melayu. Kata netizen lagi, Sajat jadi lelaki pun sudah cantik dan wajahnya ketika itu nampak seperti perempuan.