Tular Kad Jemputan, Ruhainies Nafi Nak Bertunang Dengan Aliff Aziz 

Pelakon sensasi Ruhainies meluahkan rasa bengang apabila tular kad jemputan pertunangan digital tertera namanya dan aktor Aliff Aziz serta kesal dengan individu yang menyebarkan fitnah berkenaan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies berkata dia tidak akan menghalalkan pihak itu mempromosikan perniagaan mereka dengan menggunakan namanya tanpa izin demi menaikkan followers.

BACA: “Jika Itu Yang Terbaik, Kita Aminkan” – Ibu Terima Jika Ruhainies Jodoh Aliff Aziz

Sementara itu, Ruhainies berkata dia sudah terlalu lama berdiam diri dan membiarkan orang lain menyebarkan fitnah terhadapnya.

Katanya lagi, segala kenyataan yang dikeluarkan di media sosial dan bukan temu bual daripadanya sendiri adalah palsu.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya pihak tersebut tidak memadam hantaran berkenaan.

×