fbpx

Lama tak dengar cerita tentang Mia Sara, baru-baru ini nama pelakon itu menjadi bualan ramai di media sosial apabila ramai memperkatakan mengenai penampilan terbarunya.

Menerusi satu video yang dikongsikan Mia di TikTok, gadis itu sedang membuat konten bersama rakannya yang hanya memakai singlet di dalam sebuah bilik.

BACA: Puteri Balqis Mohon Maaf, Harap Mia Sara Tak Ulangi Perbuatan Sama

@miasaranasuha

@leeloo ????

? original sound – Leah?

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa bimbang jika pelakon itu akan terikut jejak rakannya itu. 

Kata netizen, kebanyakan mereka yang memakai tudung pada awalnya akhirnya membuka tudung kerana terikut rakan yang tidak bertudung.

 

Malah, ada netizen mengatakan mengikut pengalaman mereka pilih kawan yang betul supaya tidak tersilap langkah. Bagaimanapun, ada netizen berpendapat orang luar tidak sepatutnya menghakimi seseorang mengikut luaran sahaja.

Kata netizen lagi, Mia mempunyai hak untuk berkawan dengan sesiapa pun kerana akhirnya diri sendiri yang menentukan mereka akan memilih jalan yang betul atau tidak.