fbpx

Tuduhan Mengambil Dadah Kanabis — Saiful Apek Diarah Bela Diri

Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang mahkamah telah mengetepikan semua perintah yang dibuat oleh majistret sebelum ini kerana terlepas pandang akan kelompangan dalam kes pendakwaan.

Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah kanabis ke dalam badan bersama tiga pekerjanya pada tahun lalu di’arah untuk kembali membela diri terhadap tuduhan itu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Majistret di sini pada 25 Jun 2012.

Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Majistret terkhilaf ketika membuat keputusan terhadap Saiful Apek dan tiga rakannya sebelum ini & mengetepikan semua perintah yang keluar sebelum ini.

Mereka berempat didakwa menggambil dadah kanabis di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam 12 Jun 2010.

Dakwaan terhadap keempat-empat tertuduh dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.