fbpx

Trend 80-an Mula Kembali, Ini Antara List ‘Hot’ Yang Dipakai Kini!

Vintaj adalah tentang gaya dan pakaian. Tak kisahlah pakaian baru atau lama, yang penting ianya mempunyai rekaan yang mudah dan ringkas serta mempunyai signature look yang tersendiri dan unik!

Dari segi pakaian dan fesyen, sesuatu item vintaj ini dikategorikan sebagai pakaian yang dihasilkan dalam tempoh tahun 1920-an ke 1980-an.

Sama ada anda sedar atau tidak, vintaj antara trend 80-an yang digayakan geng milenial kini. Back in style gituh. Tidak lapuk ditelan zaman rupanya fesyen 80-an dan trend ini. Masih digunapakai sehingga sekarang tau. Nampak sangat trendy!

Jangan tak tahu, ramai je budak muda sekarang pun dah mula berfesyen retro dan vintaj 80-an. Suka betul tengok! Anda tengok lah sendiri salah satu pemegang akaun TikTok @ekamilx ini. Rancak betul!

@ekamilx

80s fashion vibe community #80s #retro #ujirashid #bootcut #ootd

? Kali terakhir ku lihat wajahmu – Amsyarleee

Pakaian vintaj adalah gaya ikutan yang popular sehingga kini. Tak percaya? Korang boleh rujuk check list kami beri di bawah ni.

Blazer Oversized

Blazer bersaiz besar pada asalnya dipakai untuk aktiviti formal seperti bekerja. Pada tahun 1980-an, blazer bersaiz besar menjadi simbol wanita yang bekerjaya dan berdikari.

Lama kelamaan, fesyen ini mula popular dan dijadikan pakaian kasual dengan pelbagai pengubahsuaian. Selain fleksibel, blazer bersaiz besar juga digunakan untuk menjadikan penampilan lebih in dan stylish. Sangat cantik!

Ripped Jeans

Permulaan kemasyhuran ripped jeans ini adalah pada tahun 80-an yang dimulakan oleh kumpulan R&B dan dipopularkan sebagai gaya jalanan.

Gaya seluar jeans yang ada lubang koyak di lutut ketika itu terus berkembang sehingga kini tau. Kalau anda perasan ramai je yang pakai ripped jeans sekarang ni. ini juga antara salah satu perkara yang menjadikan item fesyen ini popular sekarang.

Baju Warna Neon

Era 80-an sentiasa ‘wujud’ dengan kemunculan warna-warna terang seperti warna neon. Kini, barangan fesyen berwarna neon dah kembali dalam trend tau. Cakap je warna apa semua ada; hijau, pink, kuning , merah dan banyak lagi yang terang-terang warnanya. Meriah betul!

Kalau anda nak tahu, trend pakai warna neon yang dahulunya tidak digemari oleh orang ramai kini digemari oleh golongan muda untuk tampak lebih yakin.

Tambah Aksesori Lagi Ngam!

Kalau anda nak bagi ‘rancak’ lagi trend vintaj dan 80-an ini, haruslah tambah aksesori. Anda boleh je tambah aksesori seperti topi, tali pinggang, cermin hitam, jam dan banyak lagi sebagai penambah seri!

Salah satunya, jam tangan dari CASIO ini. Anda kena lihat jam tangan CASIO Vintage kali ini gais sebabnya ini antara kemewahan baharu yang sesuai digayakan pada masa sekarang! Vintaj tapi mewah.

Jam tangan CASIO Vintage ini sangat popular dalam Fesyen Eropah tau. So, sesuai sangat digayakan pada anda penggemar vintaj dan fesyen tu. Nampak trendy sangat.

CASIO Vintage ini juga diperbuat daripada komponen metalik gaya vintaj dan dikemas kini gaya klasik serta dilengkapi dengan fungsi moden! Serius cantik sangat. Ada pelbagai rekaan yang anda boleh pilih untuk dimatchkan dengan pakaian anda tu. Anda patut ada satu.

Anda boleh dapatkan koleksi CASIO Vintage ini sekarang di kedai online terpilih seperti di Lazada dan Shopee.

Paling best, kalau anda buat belian sekarang, ada waranti dari Marco selama 12+*12 bulan tau. *Pendaftaran dalam tempoh 14 hari selepas pembelian. Oh ya, pastikan anda beli dari pengedar yang sah supaya diyakini dapat barang original!

Siri Vintage ini juga terdapat di Kedai Peruncit Sah Casio di seluruh negara. Jadi tiada masalah untuk anda cari nanti.
*Tidak terdapat di G-Factory & G-SHOCK Stores kecuali G-Factory Suria Sabah.

Info lanjut tentang produk ini, anda terus klik link ini. Inilah masanya untuk anda lebih bergaya dalam berfesyen!