fbpx

“Tragedi LA, Definisi Terbaik ‘Allah Bayar Cash’”

Susulan tragedi kebakaran yang berlaku di Los Angeles, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terlibat.

Bagaimanapaun, dari pandangan berbeza, Uyaina menyifatkan ianya amaran dari Allah dan definisi terbaik Allah ‘membayar cash’ susulan apa yang berlaku.

BACA: Uyaina Arshad, Suami Sambung Belajar Di Universiti Oxford

Menurut Uyaina, menerusi kerajaan Amerika Syarikat, negeri California merupakan penyumbang tertinggi kepada Isr**l.

“Menurut Financial Times, anggaran ‘economic loss’ atau kerugian kewangan yang U.S sedang hadapi sekarang adalah sekitar $135 billion – $150 billion disebabkan oleh kebakaran hutan ini. Dan menjadikan kejadian ini sebagai ‘The Costliest Disaster in U.S History.’

“Jumlah wang diberikan kerajaan AS kepada Is***l pula RM18.1 bilion setiap tahun malah lebih memeranjatkan negeri paling tinggi sumbangan kepada Is***l adalah California iaitu sebanyak RM2.7 bilion.

“Dengan duit dan dana inilah mereka gunakan untuk menghancurkan bumi Pal**t**. Faham tak? Nampak tak? Kalau ini tidak jelas lagi, tak tahu lah,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Uyaina turut berkongsikan gambar ketika dia melawat Los Angeles pada 2023 dan keadaan sekarang yang sangat menakutkan.