Penyanyi Kaka Azraff menitipkan pesanan kepada wanita untuk memilih lelaki yang bertanggungjawab untuk dijadikan suami berbanding melihat fizikal semata-mata.

Menerusi satu podcast, Kaka berkata perkahwinan berbeza dengan fasa bercinta dimana kita lebih melihat sisi yang manis sahaja.

BACA: Kaka Azraff Sah Cerai Talak Dua

“Tolonglah cari lelaki yang nampak dia boleh pegang tanggungjawab, itu dulu bila bercakap soal perkahwinan. Bercinta lain tau sebab anda hanya akan nampak betapa ‘charming’nya lelaki itu.

“Tetapi bila dalam perkahwinan, perkara-perkara itu hanyalah dalam satu ‘kotak kecil’ saja,” katanya.

Menurut Kaka lagi, apa yang paling penting untuk melihat tanggungjawab seseorang lelaki itu dalam kehidupannya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

“Yang paling penting adalah tanggungjawab dia dengan Tuhan, tanggungjawab kepada awak sebagai orang yang dia nak ambil masuk dalam hidup dia,” katanya.

Untuk rekod, Kaka pernah bercerai pada 28 Oktober 2024 namun rujuk semula pada awal tahun 2025. Bagaimanapun Kakai bercerai kali kedua pada 4 Jun lalu.

×