Menyedari kontroversi yang bertiup kencang, Fattah Amin tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya sedang bercinta dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim. Jelasnya isu yang dikaitkan dengan dirinya adalah fitnah dan sengaja digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab kerana status mereka yang masih bujang.

BACA: Azrinaz Mazhar Hakim Kekasih Baru?


“Ia merupakan satu fitnah sehingga tersebar di laman sosial. Saya terpanggil membuat kenyataan ini kerana ia tidak benar. Saya cuba berdiam diri dan bertenang tetapi nampaknya cerita tidak berasas ini semakin berleluasa dan saya terpanggil untuk membetulkan keadaan”

“Saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara yang tidak berasas sehingga fitnah. Azrinaz datang bersama kawan-kawannya dan yang lain juga memuat naik gambar saya bersama mereka, persoalannya kenapa ada isu dan terhadap saya dan dia”

“Ini adalah benda biasa yang peminat-peminat saya sering lakukan sebelum ini dan mungkin kerana Azrinaz adalah selebriti dan itu yang dijadikan bahan bualan sehingga jadi fitnah,” jelasnya kepada m Star Online berhubung gosip cinta dengan Azrinaz.

Sementara itu, Azrinaz dalam masa yang sama merasakan dakwaan yang dilemparkan adalah mengarut selain terkejut kerana pertemuan itu adalah yang kali pertama buat mereka. Malah beliau juga tidak menyangka gambar berduaan yang dimuat naik boleh mencetuskan spekulasi besar. Apapun sekarang segalanya sudah terjawab, mereka hanya berkawan saja. (rtky/w)