fbpx

Tolak Beg LV, Ifa Raziah Pilih Hadiah Emas RM100,000 Daripada Suami 

Penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah berkata dia menolak pelawaan suaminya untuk membeli beg jenama mewah kegemarannya sempena ulang tahung kelahirannya baru-baru ini.

Memetik Boom, Ifa berkata dia tidak mahu lagi menambah koleksi beg yang kini sudah terlalu banyak sebaliknya memilih hadiah set rantai emas bernilai RM100,000.

BACA: Netizen Tergamam Ifa Raziah Berhabis Lebih RM100,000 Beli Emas

Bagaimanapun, Ifa berkata lebih baik jika membeli sesuatu yang boleh dilipatgandakan nilainya atau dijadikan pelaburan meskipun dia sememangnya sukakan beg tangan jenama mewah Louis Vuitton.

“Mula-mula dia tanya nak LV lagi ke tahun ni? Biarlah ada jenama lain lebih mahal sekalipun, suami tahu saya tetap sukakan LV.

“Saya fikir apa gunanya bag tangan sampai penuh almari. Dan siapa tahu mungkin suatu hari nanti saya dah tak sesenang ini lagi. Jadi lebih baik saya beli sesuatu yang boleh dijadikan pelaburan macam rantai ni yang dibeli satu set,” katanya.

Menurut Ifa lagi, dia mahu berjinak-jinak dalam bidang pelaburan dengan membeli emas kerana bimbang faktor ekonomi yang tidak menentu dan tiada siapa tahu apa akan terjadi di masa hadapan.

“Jika suatu hari berlaku kegawatan ekonomi dan inflasi, saya boleh berasa lega kerana ada sediakan wang serta simpanan emas dari awal,” katanya.