Tokti Tawakal Urus Anak-Anak Naik Flight Seorang Diri Tanpa Suami
Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsikan pengalamannya membawa kedua anaknya, Aafiyah dan Arwa menaiki kapal terbang tanpa ditemani suaminya, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.
Berkongsikan di Insta Story, Siti berkata beliau hanya tawakal sahaja apabila menguruskan anak sendirian apabila suaminya, Datuk K tidak dapat ikut bersama kerana ada urusan kecemasan.
BACA: Siti Nurhaliza Belum Terfikir Sediakan ‘Bodyguard’ Untuk Aafiyah & Afwa
“Semalam (Jumaat) ibu first time bawa Afwa bercuti jauh. Ayah pula ada urgent matters last mint, terpaksa join lambat.
“Walaupun kakak-kakak (pengasuh) ikut tapi dalam flight ibu kena sorang-sorang juga handle Afwa dan Aafiyah sebab duduk tempat yang lain. Ibu tawakal,” kongsinya.
Difahamkan, Siti kini bercuti di Dubai bersama keluarganya. Siti turut memuat naik foto bersama kedua anaknya berada di sana.
Dalam perkongsian lain di Insta Story, Siti berkata anak-anaknya berada dalam keadaan baik sahaja meskipun Afwa sempat menjerit mungkin kerana terlalu teruja berada dalam pesawat.
“Alhamdulilah, Aafiyah behave tak kacau ibu. Tapi dia dengan Afwa bergurau excited sampai jerit-jerit dalam flight.
“Bila dah penat main, inilah (tidur) yang paling ibu nantikan. Tapi tetaplah nak peluk anak bujang ni kuat-kuat sebab dia tidur buas,” katanya.
- SUMBER
- Cari Forum
Dah kata hari2 meratib nak anak kan. Jagalah beban2 itu?
Asyik nk menayang kopek je ye..
Nak gitau dia g London la citernye. T20.
Tajuk panjang, isi pun panjang
Lain kali tulis je motif tersirat :-
Tokti bercuti jalan2 ke london naik business class, siap dgn 2 anak
Korang hade??
bila mampu terbang je lah mana2 nak holiday.. ikut kemampuan! Best filter app siti guna nie idung si anak yg penyek pun jadi bertambah mancung @ lawa..
anak excited sampai jerit jerit dlm flight. Hadoii sungguhla mengganggu ketenteraman dan ketenangan org lain yg sama flight. Jaga la anak2 tu, pls well behave ye..
DIA NI ASEK TENYEH FILTER JER KAT MUKA ANAK PEMPUAN DIA TU. MALU KULIT ANAK TAK CANTIK MATA ANAK TAK GREY? TAK HAZEL??
PASTU ACAH2 SPEAKING 2-3 PATAH PERKATAAN. MENEKAN NEKAN PULAK BUNYI BERIYER DIA SPEAKING TU. GELI GELEMAN.
CAKAP MELAYU JE LAH. TAK JATUH CLASS KALAU CAKAP MELAYU.
Ade pembantu, cume seat tu economy class.. what theee… ape sebenanye niat ko utk share bende2 merepek mcm ni?
Keywords : cuti jauh .. pengasuh … 1 st class seats ..
Aku kalau 10 anak boleh bawa …
Orang yg tak riak mcm ustaz kazim teruk kena sihir tak baik baik berpuluh tahun.
Tapi artis penuh riak mcm datuk siti dll, dsiva, alep, kak km, kebal sihir ke? Rakyat banyak menderita sakit lagi miskin. Tapi artis kayangan sedap menunjuk mampu bercuti mewah. Belum kena sihir belum tahu…jangan riak sangat menunjuk kelebihan kamu.
Mana ada dia menunjuk..dia nk bgtau aje dia g london dgn anak2 n pembantu2 dia..atuk k dtg kemudian..anak dia terjerit2 suka naik flight..pastu anak bujang nk tido kena kepit sb tido ganas..ha tu le.jln citernya..mana ada menunjuk2 huhu
Tak habis habis dgn gelaran penyanyi no satu negara. Bagi komen as juri pun tak nampak macam komen penyanyi no satu negara! Piirahh. Sgt menyampah tgk kosuka buat muka filter dan menggoda dalam video ko sumer. Atuk k dah kertu…nak carik lain ka?
sudah sudahlah asek dok menayang muka buruk anak2 dia neh. IG jual barang kosmetik pun lahaiiii sibok benau nak letak muka anak.
desperate nak mati.
tak cukup cukup ke buat IG setiap anak2. Dalam IG kosmetik tu pun tetap duk nak menayang muka sememeh anak2 tu.