Perkongsian pelakon Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran di Threads seolah memberi amaran kepada seseorang.
Menerusi hantaran itu, Fazura memuat naik satu petikan namun tidak dijelaskan lebih lanjut mengenai perkongsian berkenaan.
BACA: “Tak Mengapa, Allah Bersama Kita” – Fazura Tak Dapat Tahan Air Mata

Terdahulu, Fazura ada memuat naik kenyataan seorang individu yang mencadangkan untuk dia mengangkat sumpah susulan luahan Fatima sebelum ini.
Fazura menegaskan dia tidak pernah mengenali wanita tersebut serta meminta penjelasan adakah sama ada hantaran itu ditujukan kepadanya.

Susulan hangat diperkatakan mengenai luahan Fatima itu, lewat malam tadi Fattah dilihat memuat naik video memaparkan anaknya sedang berbual dengan neneknya mengenai percutian mereka ke Disneyland.