Pelakon Farid Kamil berkata dia belum sedia untuk membuka hati kepada wanita lain dengan mengenali lebih rapat selepas melalui kegagalan rumah tangga.

Memetik mStar Online, Farid berkata meskipun ada perasaan sunyi namun dia memilih untuk tidak memberi fokus dalam mencari jodoh sebaliknya mendekatkan diri dengan Allah.

BACA: Farid Kamil Tak Tutup Pintu Hati, Mahu Wanita Yang Memahami

“Buat masa sekarang ni hati saya milik tuhan jadi apa saja gerakan atau isi hati tu semuanya memang saya serahkan kepada Allah.

“Tetapi saya memang tak henti berdoa untuk Allah kurniakan kebahagiaan, kasih sayang dan masa depan lebih baik jadi doa tu yang mungkin boleh jadi kekuatan hati saya.

“Baru empat bulan melalui fasa perpisahan tipu kalau kata tak rasa sunyi tapi bagi saya itulah adalah waktu tepat untuk mendekati tuhan dan mungkin juga bercinta dengan tuhan,” katanya.

Terdahulu, Farid dan Diana Danielle sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 24 Mac lalu. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 12 dan Nur Auror, 10.

SUMBER: mStar Online

×