xSepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes penipuan berjumlah RM95,180 membabitkan isteri pelawak AlongCham iaitu Afreena Suhaimi.
Memetik BH Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pasangan berusia lingkungan 20-an itu ditahan polis malam tadi di Sepang.
BACA: “Game Over Feena” – Adik Along Cham Dedah Komplot Isteri & Rakan-Rakan?
Setakat ini isteri kepada pelawak itu antara tiga individu yang sudah dirakam keterangan berhubung kes tersebut.
“Kedua-dua suspek ditahan pada jam 10 malam tadi di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang. Kita akan memohon reman mereka di Mahkamah Kajang,” katanya.
Semalam, polis mengesahkan menerima laporan daripada Afreena berhubung kes penipuan dana berjumlah hampir RM100,000 yang dikatakan bagi membantu suaminya ketika ditahan pihak polis.
SUMBER: BH Online