Ya. Kami kini mula menumpukan perhatian kepada bidang sukan yang lebih lumayan ganjaran’nya daripada hiburan yang alpa lagi melalaikan umat manusia. #LOL

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata baru baru ini yang beliau tidak sabar untuk bermain golf dengan pemain yang kini berada di posisi kedua terbaik dunia.

Tiger Woods telah mengesahkan kehadiran beliau ke CIMB Classic yang akan berlangsung di Mines Resort & Golf Club di Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Oktober 2012 ini.

Kehadiran Tiger Woods ini merupakan kunjungan pertama sejak tahun 1999 di’mana beliau memenangi gelaran individu World Cup & pasukan bersama Mark O’Meara di’sini.

“Ia’nya sesuatu yang baik untuk kembali ke tempat yang saya pernah bermain & menang,” ujar Tiger Woods berkaitan hal kehadiran beliau ke’sini Oktober nanti.

CIMB Classic merupakan pertandingan golf bernilai US$6.1 juta dan di’senaraikan sebagai salah satu lokasi jelajah dalam kalendar PGA Tour FedEx Cup  tahun 2013. – ESPN