fbpx

Susulan lonjakan kes di negara China, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak vaksin sebagai langkah awal berjaga-jaga.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini yang tetap dengan pendiriannya menolak pengambilan vaksin serta bersedia untuk dikecam berikutan pendiriannya itu.

BACA: Ramai Sebak Tengok Rita Rudaini Duduk Dalam Kereta Tunggu Anak Solat Jumaat

“Yang ke berapa ini ya? Maaf sistur tak tahu. Dah mula balik kempen ‘air penawar’ Covid. Habislah sistur diseru maam dua tahun lepas, ratu anti vaksin.

“Zaman sistur berjuang dah tamat, sekarang sistur nk jadi penonton tengok mereka yang dah bertarung untuk tidak divaksin lagi. Selamat tahun baru,” tulisnya.

Sementara itu, Rita turut memuat naik satu perkongsikan mengatakan banyak cara lain mengelak dijangkiti virus tersebut seperti mengamalkan suplemen serta air rebusan cengkih.

 

“Didik orang ramai untuk amalkan suplemen atau pemakanan yang tingkatkan sistem imun. Susah sangat ke? Tak habis dengan cucuk. Itu je ke korang boleh fikir?

“Cucuk satu tak jalan lepas tu nombor dua, kata tak cukup juga. Dah booster pun tak cukup lagi? Ni semua kerja gila!”

Rita turut meluahkan rasa syukur sepanjang tiga tahun pandemik dia belum dijangkiti sebarang penyakit termasuk Covid-19 kerana mengamalkan air rebusan tersebut. 

“Rebus je lah cengkih dan segala mak nenek macam sistur. Dulu korang gelakkan sistur, gelar miss cengkih. Ni sistur baik hati lagi nak bagi petua,” tulisnya.