fbpx

Tiga Tahun Kahwin, Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali memaklumkan khabar duka dia dan isterinya, pelakon Shakilla Koriri sudah pun bercerai.

Menurut Fizi, meskipun mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing serta hidup berasingan namun mereka tetap sepakat untuk membesarkan anak mereka, Ameena dengan penuh kasih sayang.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing. Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.

“Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi. Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini,” tulisnya

Dalam perkongsian itu juga, Fizi turut mengucapkan terima kasih di atas mereka yang mendoakan keluarga mereka sebelum ini.

“Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.

“Insya Allah, semoga doa yang baik-baik ini akan kembali kepada kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih,” katanya.

fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia dua tahun.