Tiga Tahun Bergelar Pensyarah, Najwa Latif Sambung PhD Pula
Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai pensyarah, namun ia tidak menghalang penyanyi Najwa Latif untuk menyambung pengajian doktor falsabah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mengambil jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Najwa berkata dia mahu terus menuntut ilmu serta memajukan diri sebagai seorang pendidik.
BACA: Putus Cinta Tak Halang Najwa Latif Dapat 4 Flat Untuk Master
“Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.
“Walaupun habis PhD nanti, saya rasa saya masih akan nak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.
“Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi masih terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,” katanya.
Dalam pada itu, Najwa mengakui cukup teruja mahu mendapatkan gelaran doktor meskipun baru sahaja memulakan pengajiannya itu.
“Tempoh pengajian dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Jauh lagi perjalanan nak dapat gelaran itu namun saya rasa dapat bergelar doktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tak minat akademik.
“Sekarang, saya lebih fokus nak buat tesis yang bagus sebab tak semua orang dapat peluang ini. Jadi saya nak gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin,” katanya.
Terdahulu, Najwa menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM), pada 2019.
- SUMBER
- Harian Metro
Bravoo Najwa…..muka ada nmpk elok / seri now..Syabas!!!
Congrats Najwa! Teruskan usaha dan semoga maju terus!!!
Ruangan komen sepi sebab orang Melayu tak minat benda2 uplifting macam ni so jgn kecil hati kalau tengok ruangan komen almost empty.
Finally.. cerita yg berbaloi dibaca! Seriously aku jeles hahahaha… Tapi takpa lah bkn rzki aku utk sambung belajar lagi…
Neelofa..whoooo?
Najwa latif ni la patut korg contohi wahai adik2 diluar sana. Bukannya instafamous bodo2 tu.
Sibuk la si najwa ni nk menunjuk2 nk dpt gelaran doktor phd tu..zaman ni da x heran phd tu sume..keja bkn snang nk dpt skg ni..belajar perubatan skg pun keja lom tentu ada lg..kalau ada pun kontrak aje 3 thn..ada ilmu keja xde pun susah gak huhu..
Bukan senang nak dpt Phd tanpa belajar bersungguh2 hanya insan2 yg cekal menimba ilmu sahaja yg berjaya. Rezeqi Allah yg tentukan
Skurang²nye dia ada pendidikan..klu ada phD kt luar negara pun sng dpt kje..skrg nie
pesakit trlalu rmai, kekurangan staff nurse & doctor msih diperlukn
Elok la tu. Konsentrate jd lecturer lah. Jd artis pun dh sendu.
Baguslah menunjuk2 phd, dah bosan dgn org yg menunjuk2 kekayaan dan kebodohan
Good luck najwa..
Kita nk mcm ni la… retis yg educated..
Kipidap..
Alhamdullilah semangkin ramai wanita melayu yg memperolehi segulung ijazah…:)