fbpx

Kembali untuk musim kedua, kisah Siti sebagai Rejoice Girl memang benar benar memberikan semangat positif buat kami yang menonton. Bukan saja beliau seorang yang cantik manis apabila bertudung, malah seorang yang kental dan berazam kuat dalam misinya mengejar cita cita dalam kerjaya dan peribadi. Figura yang sangat wajar dijadikan contoh.

Tamat menonton tiga episod Rejoice Girl, kami dapat simpulkan beberapa perkara positif yang boleh anda contohi dan ikuti untuk mengejar impian hidup.

1) Bijak Mencari Wang Poket

Ada masa impian kecil kita wujud dalam bentuk melawat ke negeri orang serta memerlukan wang dan dalam kes Rejoice Girl, beliau sangat mahu untuk terbang ke Korea bertemu dengan rakannnya yang menyambung pelajaran di sana. Apa yang beliau lakukan? Ya, mula menjual biskut pelangi hasil tangan ibunya kepada rakan sepejabat.

Kita juga boleh contohi kerajinan dan usaha Siti dalam kehidupan seharian. Jika kita berimpian untuk mengembara atau memiliki barangan idaman, ada baiknya kita mula mencari alternatif untuk mengumpul wang sendiri melalui perniagaan kecil kecilan atau tawarkan servis yang kita mahir.

Jangan hanya bergantung kepada gaji kita bekerja sahaja, perlu kreatif dan rajin selalu.

2) Perlu Yakin Dengan Keupayaan Diri Sendiri

Siti telah diminta untuk mengetuai satu projek di syarikat dan tanpa berlengah beliau terus #OwnIt atau dalam kata lain menyahut cabaran menggalas tugas besar itu tanpa banyak soal. Kita juga perlu jadi begitu, yakin dengan keupayaan diri sendiri. Belum cuba belum tahu ‘kan?

Tetapi, bukan mudah untuk Siti sebenarnya apabila dapat rakan sepasukan yang tidak sebulu. Namun sebagai seorang yang punyai sikap positif, Siti memainkan peranan sebagai ahli pasukan dan ketua yang terbuka dengan idea, pendapat dan kritikan.

Juga, Siti tidak teragak agak untuk menyahut cabaran membuktikan yang tanpa perlu ke salon pun rambut wanita boleh menjadi selembut rawatan mahal di salon dengan hanya memakai produk harian Rejoice. Tengok sahaja aksi mereka di pejabat dalam Smooth Showdown.

3. Dahulukan Keluarga

Dalam apa hal pun yang terjadi dalam kehidupan kita, keluarga adalah mereka yang akan sentiasa bersama kita waktu susah dan senang. Siti dalam episod ketiga Rejoice Girl sedar akan hakikat ini selepas mengetahui ibunya jatuh sakit sendirian di rumah ketika beliau bekerja.

Bertuah buat Siti, pihak syarikat memahami situasi beliau dan membenarkan untuk dirinya bekerja dari rumah selain menawarkan lawatan kerja ke Korea. Bukti jika kita berbuat baik kepada ibu dan keluarga, maka rezeki itu tidak akan lari ke mana mana.

Kita juga perlulah mendahulukan keluarga dalam soal apa pun kerana doa mereka sangat kita perlukan dalam perjalanan mengejar impian. Mahu tahu kisah penuh Siti dan perjalanan beliau sebagai Rejoice Girl? Tonton musim kedua hanya di www.rejoicegirl.com.my. Jom!