Kisah paling hangat rasnya semalam adalah gosip liar yang timbul mengatakan pelawak terkenal, Zizan Razak berkelakuan tidak senonoh atau kata lain bercumbu dengan pelakon jelita, Emma Maembong — yang juga didakwa sebagai kekasih beliau.
Kejadian itu khabarnya belaku ketika pasangan ini sama sama terbang ke Amerika Syarikat untuk satu percutian bersama dengan beberapa orang rakan lain.
BACA: Zizan Razak, Emma Maembong Bercumbu Dalam Kapal Terbang?
Bercakap kepada mStar Online, Zizan Razak menafikan beliau dan Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh seperti didakwa dan menganggap gosip yang timbul itu sebagai tidak masuk akal selain menerima ianya sebagai lumrah.
“Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua”
“Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis,” jelas Zizan Razak yang jelas tidak melatah.
Namun Zizan Razak enggan memberikan komen atau maklum balas bagi pihak Emma Maembong kerana menganggap tiada hak untuk berbuat demikian. (rtky/m)