fbpx

Tiba Di Mahkamah, Sharnaaz Ahmad Ucap Selamat Pagi

Pelakon Sharnaaz Ahmad tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur jam 9.30 pagi tadi bagi kes dakwaan menendang dan menumbuk seorang penghuni kondominium di Segambut, Jun lalu.

Memetik Sinar Harian, Sharnaaz juga sempat mengucapkan selamat pagi kepada wartawan yang berkumpul di lobi mahkamah.

BACA: Sharnaaz Ahmad Didakwa Di Mahkamah Esok

Pelakon Juvana itu dilihat segak hadir di mahkamah dengan memakai baju kemeja biru gelap dan ditemani peguamnya.

Terdahulu, Sharnaaz direman tiga hari, selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut pada Jun lalu.

Difahamkan, kejadian bermula apabila mangsa yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak namun tidak dibenarkan masuk oleh pengawal sehingga berlaku pertengkaran.

Pelakon terbabit yang melihat insiden tersebut datang menegur mereka sebelum bertukar sebaliknya apabila dia didakwa bertindak menumbuk mangsa.