Tiada Tawaran Berlakon, Iqram Dinzly Buat Duit Dengan Bigo Live

Mengakui masih mahu berlakon meskipun tiada tawaran lakonan diterima sejak beberapa tahun lalu, pelakon sensasi Iqram Dinzly berkata dia menggunakan platform media sosial untuk menjana pendapatan.

Aktif menggunakan aplikasi Bigo Live sejak dua tahun lalu, Iqram mendedahkan dia menerima bayaran ribuan ringgit sebulan. Selain itu, Iqram berkata dia turut membuat peniagaan kecil-kecilan untuk menyara kehidupan.

BACA: Iqram Dinzly Buat Hal Lagi, Tak Sengaja Tayang Anu?

“Selama empat tahun setengah saya menetap di Ipoh, Perak dan buat perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan tapi ramai juga tak tahu saya jana pendapatan menerusi aplikasi Bigo.

“Bulan pertama guna aplikasi itu saya dapt RM5,000 dan sekarang ini purata dalam RM2,000 sebulan. Akaun saya pernah disekat selama setahun kerana melanggar terma dan syarat Bigo.

“Alhamdulillah rezeki itu ada. Kalau tanya pasal lakonon, sejujurnya saya masih mahu berlakon. Tapi sekarang saya lebih minat berlakon menerusi media sosial,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Iqram meluahkan rasa syukur dipertemukan sahabat lamanya iaitu penyanyi kembar AishaHanim yang sentiasa memberi sokongan termasuk dari segi kewangan.

“Saya anggap mereka seperti bidadari yang berhati mulia. Saya bersyukur ketika orang pandang saya hina, mereka pula sebaliknya.

“Kami berjumpa semula dan mereka bantu saya dalam beberapa projek seperti jubah dan sebagainya. Mereka jadi tempat saya meluahkan perasaan serta berkongsi aktiviti kehidupan,” katanya.

×