fbpx

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mendedahkan bekas suaminya, Aliff Aziz tidak pernah menghubungi anak-anak mereka sejak bercerai pada 13 Jun lalu.

Memetik Kosmo, Bella berkata dia tidak ada masalah dengan situasi tersebut dan merasakan ia adalah jalan terbaik buat mereka.

BACA: Elak Cinta Lokasi, Bella Astillah Guna Panggilan ‘Kau, Aku’

“Sebenarnya saya sudah tak mahu ulas pasal itu, tapi sejak kejadian lalu sehingga hari ini, tiada satu mesej atau panggilan atau Direct Message (DM) daripada dia.

“Tapi saya tiada masalah dengan perkara itu. Saya tidak pertikaikan, saya tidak marah dan saya rasa lebih baik begini.

“Tapi kita tak tahu tiga sehingga empat tahun lagi macam mana sebab saya rasa ini jalan yang terbaik. Sebab saya seorang yang berhati lembut, dan saya tidak bersedia untuk itu (berbaik),” katanya.

Sementara itu, Bella meluahkan rasa syukur anak-anaknya tidak pernah bertanyakan mengenai bapa mereka dan fokus dengan sekolah serta pelajaran.

“Alhamdulillah anak-anak tidak mencari, saya lagi takut kalau mereka fikir yang bukan-bukan tapi sekarang mereka fokus belajar dan setakat ini okey. Boleh nampak di media sosial saya,” katanya.

Menurut Bella lagi, dia sudah tidak ambil peduli atau mengetahui tentang perkembangan terkini Aliff namun mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu.

“Saya nak membantu diri saya untuk ‘heal’ jadi saya tidak ‘stalk’ dan saya tidak tahu apa-apa perkembangan mengenai dia atau keluarga dia. Saya hanya mendoakan yang terbaik buat dia dan keluarga dia,” katanya.

SUMBER: Kosmo