fbpx

“Tiada RM50,000 Sebulan, Saya Tak Boleh Jalani Kehidupan Seharian” 

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli berkongsikan dia memerlukan sekurangnya RM50,000 sebulan untuk membayar segala komitmen.

Menerusi Insta Story, Iqbal dilihat ada berkongsikan paparan pembayaran bil elektrik rumahnya mencecah RM1,600. Malah, dia turut berhabis ribuan ringgit untuk membeli susu anaknya, Ziyad.

BACA: Iqbal Tak Sangka Mak Nyah Lebih Memahami Dari Wanita Tulen

“Bersungguh saya jual barang, sekelip mata begitu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak pun sudah beribu sebulan.

“Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lalu. Tiada RM50,000 sebulan saya tak boleh jalani kehidupan seharian.

“Sendiri kerja tiada pernah ditanggung siapa. Ini pun bukan untuk saya sendiri sepenuhnya. Belum termasuk barang kehendak,” katanya.

Sebelum ini, Iqbal dilhat mengiklankan beberapa perabot rumah untuk dijual dengan harga yang rendah berbanding dengan harga dibelinya dimana ada yang mencecah ribuan ringgit.

Namun apa yang lucunya, apabila ada netizen mengatakan barangan rumah Iqbal sama seperti yang dijual di platform atas talian namun dijual dengan harga lebih murah.