fbpx

Tiada Rahsia Awet Muda, Amy Mastura Akui Rajin Senyum

Usia sudah menginjak 50 tahun, namun wajah pelakon dan penyanyi Amy Mastura dilihat tidak berubah dan awet muda serta berpewatakan ceria.

Memetik Utusan Online, Amu berkata tiada rahsia awet muda yang diamalkannya serta mengakui mungkin kerana dia seorang yang rajin senyum.

BACA: Amy Mastura Akui Bimbang Anaknya Jadi Artis

“Tak ada rahsia apapun, mungkin sebab rajin senyum. Mana ada tak makan usia. Saya nampak muda mungkin sebab solekan. Kalau tak pun, mungkin orang yang ambil video saya semuanya guna filter,” katanya.

Dalam pada itu, Amy berkata disebalik kegembiraan ditunjukkan di media sosial dia juga tidak terlepas daripada masalah namun dia tidak tunjukkan kepada umum.

“Nampak saya gembira seperti tiada masalah bukan bermakna saya tiada masalah. Mestilah ada kerana itu lumrah hidup.

“Saya juga jarang tunjuk masalah saya kepada orang ramai sebab saya rasa tidak adil untuk bermasam muka dengan orang lain sebab mereka tak salah apapun.

“Alhamdulillah, Allah beri kelebihan kepada saya untuk automatik tersenyum bila di depan orang. Lagi pula, ia juga satu bentuk sedekah,” katanya.

Sebelum ini, nama pelakon berusia 52 tahun menjadi sebuatan ramai kerana wajahnya yang tidak berubah sejak dari dulu lagi.