fbpx

Lantang mengkiritik tindakan anaknya selepas mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail turut dikecam oleh netizen.

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah mempertahankan ibu mentuanya itu serta memahami perasaan Datin Patimah. Ujarnya lagi, mereka di luar sana tidak tahu apa yang terjadi dan ada sebab mengatakan ibu mentuanya bertindak sedemikian.

BACA: “Cukuplah 9 Tahun Saya Jadi Isteri Mohd Syamsul” – Puteri Sarah

“Saya faham perasaan ibu mentua saya ketika ini. Memang dia tak puas hati dan sedih dengan apa yang berlaku. Saya juga nak jelaskan di sini, orang luar tidak tahu apa yang terjadi sehingga dia bertindak meluahkan ketidakpuasan hatinya yang mendapat kecaman dan hentaman teruk daripada orang ramai.

“Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Hanya saya, pihak di sebelah sana dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) saja tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berharap netizen tidak sewenangnya mengecam tindakan ibu mentuanya dalam menegur anaknya itu. 

“Tiada orang yang tiba-tiba nak ‘melantun’ (mengamuk) atau ‘meroyan’ tanpa sebab. Mesti ada sebab kenapa dia dan saya jadi begini.

“Jadi sebelum anda kecam, cari dulu punca kenapa kami jadi begini serta kenapa saya berdiri di sini (berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan tuntutan cerai). Bukan saya suka-suka atau tiba-tiba ke pejabat agama sebelum ini,” katanya.