fbpx

“Tiada Masalah Dengan Kontroversi, Disiplin Fathia”

Biarpun ramai trauma untuk mengambil Fathia Latiff berlakon dek kontroversi panas menghambat dirinya dulu, penerbit drama, Fadzil Teh bersikap terbuka memberikan Fathia peluang berlakon dalam drama keluaran terbarunya.

BACA: Ditawarkan Berlakon, Netizen Pesan Jangan Buat Hal

“Benar, saya tawarkan dia peluang berlakon untuk drama baharu syarikat saya, Anugerah Cinta Aisyah. Saya juga tidak ada masalah dengan kontroversi yang terpalit dengannya. Yang penting, dia mampu memberikan hasil lakonan terbaik”

“Tidak salah untuk kita memberi peluang kepada dirinya. Setakat isu disiplin masa, hampir semua orang dalam produksi ada masalah sama. Setakat ini, belum pernah lagi drama membabitkan Fathia mendapat ‘rating’ rendah”

Jelas Fadzil, beliau pernah mengadakan uji bakat mencari pengganti Fathia, bimbang namanya digam namun tiada yang sesuai. Sehingga beliau nekad member nama Fathia kepada stesen TV dan namanya diterima.

“Risau juga jika nama Fathia tidak diterima. Jadi, saya mengadakan uji bakat bagi mencari pengganti. Malangnya, tiada yang sesuai. Minggu lalu, saya ke stesen itu semula bagi mengesahkan barisan pelakon drama ini, nama Fathia juga lulus. Malah, dia tidak digam,” katanya kepada Berita Harian Online.

Semalam, menerusi Twitter, Fathia berkongsikan perasaan terujanya mendapat tawaran berlakon setelah lama diketepikan. Ramai menasihatinya supaya tidak buat hal dan hargai peluang yang diberi. (rtky/w)