fbpx

“Tiada Masalah Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz”

Kembali dipertemukan dalam Meh Sandar Padaku 2, Mira Filzah tidak mempunyai masalah bergandingan dengan Aliff Aziz biarpun pelakon itu terbabit dengan kontroversi hebat baru-baru ini. Sekaligus Mira menafikan dakwaan mengatakan Aliff mempunyai masalah disiplin.

BACA: Zizan Razak Serius Dengan Mira Filzah?

“Saya tiada masalah jika kami akan terus digandingkan. Ketika pengambaran musim pertama drama itu, kami begitu seronok di lokasi penggambaran. Saya juga selesa dengan isteri Aliff, yang turut menemaninya di lokasi”

“Mungkin kerana tempoh penggambaran agak panjang iaitu lebih empat bulan, jadi hubungan kami agak rapat. Disebabkan itu saya tidak kisah digandingkan lagi kerana tidak mempunyai masalah dengan Aliff,” jelasnya kepada Berita Harian Plus mengenai perkara itu.

Selain itu Mira turut memberitahu, sepanjang bergandingan dalam drama terbabit sebelum ini juga Aliff bagus dalam menjalankan tanggungjawabnya serta memberikan tunjuk ajar kepadanya. Malah selepas apa yang terjadi kepada Aliff, Mira tidak pernah merasakan serik untuk kembali berlakon.

Tidak perlu diperjelaskan lagi, rasanya memang semua sudah tahu dan masih ingat dengan kejadian karaoke membabitkan Aliff, Bella Astillah dan Afifah Nasir. Malah hingga kini juga rasanya masih belum temui penghujung drama mereka bertiga ini. Semoga tiada lagi kontroversi seperti ini. (rtky/w)