Hangat diperkatakan mengenai pelakon Indonesia, Jefri Nichol apabila tewas seleaps 38 saat El Rumi dalam perlawanan Superstar Knockout.
Difahamkan, pengadil terpaksa menghentikan perlawanan kerana mendapati bahu Jefri terkehel ketika bertarung.
BACA: Lelaki Idaman, Ameera Khan Sifatkan Jefri Nichol Setia & Penyabar
Menerusi perkongsian di Insta Story, Jefri berkata dia menerima kekalahan tersebut kerana apa yang dirancang mungkin tidak akan berlaku.

Sementara itu, Jefri turut mengucapkan terima kasih buat yang menonton dan memberikan sokongan kepadanya serta memohon maaf kerana tidak dapat melihat perlawanan yang seperti yang diinginkan.

Dalam pada itu, pempengaruh media sosial, Ameera Khan turut memuat naik gambar Jefri serta tetap menganggap kekasihnya itu seorang lelaki sebenar.
“Always our winner. a real man. Not a (emoji anak kucing),” tulisnya.