Umum mengetahui, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kini berada di United Kingdom, London untuk menyambung pengajian di sana.
Baru-baru ini, perkongsian gadis berusia 20 tahun itu menjadi perhatian yang teruja untuk pertama kali membuat undian Pilihan Raya Umum ke-15 secara undi pos.
BACA: Bekas Kekasih Dah Jumpa Pengganti? Netizen Beri Kata Semangat Kepada Leona
Menerusi perkongsian video di TikTok, tindakan Leona menunjukkan kertas undian PRU di media sosial sekaligus mencetuskan perdebatan dan reaksi dikalangan netizen.
Diruangan komen, rata-rata netizen mendakwa tindakan Leona itu boleh menyebabkan undiannya menjadi rosak gara-gara nombor siri dan maklumat pengundi telah didedahkan kepada umum.
Namun, ada juga segelintir netizen memaklumkan ianya tidak menjadi masalah kerana dia masih blum menandakan parti yang dipilihnya pada kertas undian tersebut.
Dalam pada itu, ada yang memahami tindakan Leona itu yang mungkin terlalu teruja memandangkan ini pengalaman pertamanya mengundi.