fbpx

Semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim akibat serangan jantung.

Lebih mengejutkan, bekas isteri kepada pelakon itu iaitu Didie Alias mendedahkan arwah sudah tiga tahun menghidap penyakit jantung namun merahsiakan kerana bimbang tiada tawaran berlakon.

BACA: “Arwah Hidap Sakit Jantung Sejak 3 Tahun Lalu, Rahsiakan Takut Tiada Tawaran Kerja” – Didie

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Fazley Yaakob berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam industri hiburan tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Fazley turut mempersoalkan segelintir pihak yang enggan menawarkan kerja kepada penggiat seni sehingga ada yang terpaksa merahsiakan penyakit kerana bimbang.

“Terpaksa merahsiahkan penyakit kerana takut hilang kerja. Allahu, terlalu pedih ayat ini untuk ditelan.  Adakah pemberi rezeki kini telah menjadi jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat-sahabat seindustri terpaksa buat-buat sihat agar terus mendapat rezeki yang halal?

“Perkara ini perlu dihentikan! Tolong sahabat-sahabat semua, janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama. Rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat kerja,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazley turut mempersoalkan jika ada pihak yang tidak akan menawarkan sebarang tawaran jika mengetahui seseorang selebriti itu mempunyai penyakit kerana bimbang akan menyusahkan banyak pihak.

“Atau mungkin ada dalam kalangan mereka yang memberi kerja, secara rahsia mengeluarkan amaran, ‘kalau dia ada penyakit jangan diberi kerja, nanti menyusahkan semua orang,” tulisnya.